Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 27 Februari 2010

Buah ini berbuah sudah tidak mengikut muSim

Sekarang musim buah durian..rasa macam baru lagi habis semusim..dah berbuah semula..buah durian ini ikut suka dia jer nak berbuah tiada mengira musim..sedar sedar Mak Mertua suruh balik amik buah durian kat dusun..tepi rumah beliau sahaja.

Sempat juga pada petang semalam kawan sekeluarga balik kampung bersempena Cuti Am Maulidur Rasul.. Kebetulan pada petang semalam angin bertiup kencang juga..

Ini durian Kampung semai biji..punya lah best rasa dia..18 biji seorang makan pun tak cukup


Ini pokok durian tinggi melangut..kawan tak sempat menebas sebab abang ipar yang sudah menebas dahulu untuk menerangkan dikawasan bawah pokok bagi menyenangkan operasi kutipan buah dijalankan.. ( he he selamat kawan )

Ini Sharifah Aina cucu kepada Tuan punya dusun sempat lagi berposing bersama buah durian yang comel secomel beliau..

*** Jadi bila musim durian tiba selalu selalulah kita balik Kampung untuk menjenguk ibu bapa kita serta ibu bapa mertua kita jika beliau mempunyai dusun..yang tiada mempunyai dusun kita kena lah membeli buah durian untuk beliau ( Tak kan tiba musim durian sahaja kita pandai balik Kampung ..heh! )


Read more...

Khamis, 25 Februari 2010

Halimah Jonggang

Sejak dua menjak kebelakangan ini dalam surat surat khabor ada banyak menyatakan tentang sebuah drama terbitan sebuah televisyen kabel berbayar iaitu Halimah Jonggang menyentuh sensitifviti kaum wanita yang bernama Halimah..

*** Kenapa pula Halimah yang Jonggang ? Kenapa tidak Nurul Azimah..Nurul Amirah..Zakiah..Rodziah..Anis Syafrina..Ryna..Ramlah..Norishdiwana.. maupun Finaz yang jonggang..

~ He he he!~

Read more...

Rabu, 24 Februari 2010

Sembang yang pernah kita dengar

Sembang 1

'' Lauk apa kenduri arwah ket rumah Mak Long Bibah malam ni '' kata Pok Teh Seleman kepada Acu senah

'' Lauk daging Kambing ''..jawab Acu senah ringkas

'' Pok Teh ni tak boleh makan lauk daging Kambing..mboh pening kepala''...kata Pok Teh Seleman..


Sembang 2

'' Kereta buatan Malaysia keluaran baru te cantik yek..nampak padat jer '' kata en Topik kepada Mohammad Zaki

'' A'ah memang.. tapi model baru ini semua mengunakan gear auto.. '' jawab Mohammad Zaki

'' Haaa..ni lah yang lemah nya..rasa memang kurang laris jika kereta Malaysia model baru ini tidak dikeluarkan model yang mengunakan gear manual...sebab kereta bergear auto ni banyak punyai masalah..minyak kuat..jika gear box meragam kos tinggi..upah servis gear pula mahal..nak memotong kenderaan lain tak power..bla bla bla bla bla dan bla...'' kata en Topik lagi..

*** Ini lah kan diantara beberapa petikan sembang yang selalu didengar..nak buat guana yak?..

Read more...

Selasa, 23 Februari 2010

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.. ( selanjut klik disini )

*** Dalam institusi kekeluargaan / kerumahtanggaan pun wanita sudah lama boleh membuat keputusan walaupun berjawatan sebagai surirumah..

Sebagai Contoh..

1. Setiap kali menjelang Hari Raya
2. Setiap kali ada jualan murah
3. Setiap kali suami dapat gaji
4. Setiap kali pergi melancong
5. Setiap kali menerima menantu

** Jangan pula kawan dibaling antan lesung batu apabila membaca contoh contoh diatas.. heh!

Read more...

Isnin, 22 Februari 2010

Menjawab tag Finaz

Ndak tak ndak kawan menjawab lah juga tag dari Finaz ini..Terima kasih ye Finaz..Heh heh dibawah ini kawan nak kenakan 8 orang pulak..mereka mereka kena lah menjawab juga..jika tidak mereka mereka ini kawan sumpah jadi tv plasma 49 inci..

1 - adakah anda rasa HOT???
Sekarang tidak ..sedikit masa lagi dah tentu sebab kepanasan enjin lori mencapai tahap kepanasan melampau..

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

3 - cerita pasal gambar

Menarik apa gambar macam ini meski pun komputer kawan ini dah ketinggalan 10tahun kebelakang tapi window ini tetap profesional..

.



4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?


Kawan rasa dah 4 tahun sudah makan pizza ini..tu pun adik belanja..lagi pun kawan suka makan lempeng tepung colek sambal budu..

.




5 - lagu terakhir anda dengar

Kau lah Kekasih ku..AXL macam sedap je lagu ni.. ( Lagu jiwang zaman Pakcik Kordi muda muda dahulu )

.

.



6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
Tak ada benda lain yang kawan nak buat ...fokas kepada tag ni jer..

.




7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape

a) Kapak b) Lancelot c) Pak Ngah d) Habib e) Tengku Relevan..akak kat rumah panggil Abah nye..

.




8 - tag lg 8 org ....
Beres..
1. Cikgu eeeda 2. Bewak Komando 3. en Yassin 4. Mazru 5. Tedi 6. redNing 7. Cikgu Sonata dan akhir sekali jeng! jeng! 8. Ayudeathwish

.



9 - siapakah org no.1 kpd anda
Cikgu eeeda rodong satu daerah..cuma satu kali berjumpa dan dia pula yang belanja kawan minum..

,




10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
Tedi seorang blogger yang sungguh aktif..adakala tak sempat nak kejar untuk membuat komen dalam entri beliau..

.




11 - no.3 ade hubungan dgn sape?

en Yassin tak boleh nak berhubungan denga sesiapa dah..nanti kena peluku dengan antan lesung batu..

.




12 - bagaimana pula dgn no.4

Ok en Mazru ni..tak banyak cerita tapi ada banyak rahsia yang kawan perlu cungkil lagi dan lagi..

.




13 - pesanan kepada org no.6
Jangan tunggu lama lama redNing..

.




14 - kata2 cinta utk org no.2
Tak kuasa kawan ..dah lah bewak..

.




15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
Tidak sama mungkin mereka ini pun tidak mengenali antara satu sama lain..bagus tag ini akan mengeratkan lagi Silaturahim..

.




16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda

1. Manis 2. Suka buat lawak 3. Kuat gelak sorang sorang 4. Rajin buat entri 5. Tak mudah mengalah..

.




17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU

Berlainan sangat..kambing tak suka mandi manakala Lembu pula suka bermain ditepi tepi jalan ( berkelayor )

.




18
- perasaan anda wat tag ni
Gembira kerana dapat 1 entri dikala ketandusan idea idea ( Terima kasih sekali lagi untuk Finaz )

.




19 - adakah anda tau si razman itu sengal
Tak tau..nampak dia ok saja.. ( Macam lah kawan ni kenal si Razman tu )

.




20 - GAY or LESS
Amenda ni?... yang kawan tau LESS banyak kat supermarket LESS 50% 20%..

.




*** Untuk yang 8 orang blogger yang ternaik nama untuk di tag tadi..boleh lah menjawab dalam kadar tempoh yang bersesuaian '' sebab utamakan yang lebih utama dulu''.. jika tiada berani menjawab maka surat tunjuk sebab akan dikeluarkan adanya... heh heh!

Read more...

Jumaat, 19 Februari 2010

Sebat

'' Habis buah jambu hadapan rumah ni kena sebat dek kutu malam tadi '' kata Makcik Memon kepada Salmiah jiran sebelahnya..

'' Tu yang saya dengar bunyi sok sek malam tadi Makcik '' jawab Salmiah yang sedang menjemur kain dengan rambut yang masih kebasahan..

'' Tak ada lain kerja kutu ni asyik nak menyebat sahaja..yang aok te Miah dah dengar bunyi sok sek ngape tak suruh Mail keluar pergi katok je kepala kutu te sekor sekor '' kata Makcik Memon lagi..

'' Tak berani saya nak ngejut abang Mail...dia kepenatan sebab sebelum tidor dia sempat sebat nasik 2 pinggan lepas tu tidor tak sedor kebenda dah '' balas Salmiah pula..

*** Banyak juga yer ertikata SEBAT ni..selain daripada hukuman sebat..macam pagi tadi sempat juga kawan sebat roti canai telur 2 keping bersama air serbat gelas besar..dah dah kawan taknak cerita lebih lebih nanti ada yang kata kawan sebagai perosak bahasa..he he!

Read more...

Khamis, 18 Februari 2010

Campur tangan luar

'' Koi sungguh tidak setuju dengan ahli parlimen negara luar tu yang campur urusan kehakiman negara kita ini '' kata encik Topik sambil membelek belek surat khabar semalam..

'' Kawan pun gitu juga ' kata encik Seleman sengih sambil menghirup kopi 'o kow dalam cawan tembikar berbunga hijau..

Lokasi mereka ini didalam warung Makcik Leha Janda yang mempunyai anak dara bernama Rozita yang baru keluar dari sebuah kolej Jururawat..

'' Kenapa yak mereka mereka ini suka sangat campor dalam urusan negara kita..sedangkan negara mereka mereka pun ada banyak masalah '' Jawab pula Pak Derih yang sedari tadi mendengar..

'' Patut nya tok sah lah ada Campur Tangan Luar dalam masalah dinegara kita ini '' Jawab en Topik kembali..

'' Yeer.. weh kawan pun tidak setuju anak Makcik Leha si Rozita tu kawin dengan orang luar..kawan suka jika Rozita kawin dengan orang Kampung kita ni..nak pulok orang macam kawan ni ''..sampuk Din Regih yang sedari tadi tersenguk senguk akibat berjaga malam..

'' Ada yang makan selipor ni karang '' kata en Seleman..

*** Regih membawa maksud kurus..contoh ayat '' amboih regih ngat pemuda itu macam kaki isap pit saja..

Read more...

Rabu, 17 Februari 2010

Pengawal Kampung

Kawan dulu..sedikit masa lalu pernah juga mendapat kepercayaan menjadi orang kuat dalam pentadbiran Kampung..Kampung nya disini ( klik )

Ahli Jawatan Kuasa Pentadbir Kampung
________________________________________________________

Penasehat:Abg-As

Senior Administrator:AbgLong

Administrator :V6.. Doctoraway.. Pain^Killer

Moderator :AbgZalie..Aboy..adik_jamal..AkarPoWer..amirans_cafe..apple_biru..atikah Awang.. azrooy..BaCaNg..berusgigi..blueberrys..din..Dj^Hans..DJ_BBGirl.. DJ_Firdausz..Dj_Gelap DJ_ibumisali..DJ_Iwan..Dj_Kepok..Dj_Lovestar...DJ_MeTaL..DJ_TUAN..Dj_WanRicky..Erda Fifi..Finaintansyazrin..jb^bboy..KakNgah..KampungFM..KeTuA_kAmPuNg..KgFM..Lsa Lyhanna..Mack..mitsu..ninong2712..PakCik..Pu3_Cokelat..Putera_Cute..riena_izzo..Rolex..sifu
..susanna ..TarZan.. TokNgah.. TunTeja..Ujiminda..Uranium..ustaz zulkarnain..

*** Seronok juga jadi Administrator ni boleh baca scripts..

Read more...

Selasa, 16 Februari 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1987 ( Krew CT 3010 dan Siti Zaileha 2 )

Setelah hampir 8 bulan perkenalan aku dengan Zaileha..semuanya berjalan lancar..begitu juga dengan kerja..biar penat tapi menyeronokan sebab setiap hari termasuk hari minggu lalu dilorong belakang kedai kek tempat Zaileha bekerja..Hanya sesekali sahaja aku keluar makan bersama Zaileha..

Operasi kutipan sampah berlalu tanpa gangguan kerana lori ( Kompaktor ) yang masih baru..meski pun kapasiti sampah semakin bertambah terutama apabila menjelang perayaan Tahun Baru Cina..Selang sehari aku dan krew CT 3010 membuat kerja lebih masa.

'' Abang Leha cuti seminggu ditahun baru Cina ni..nak balik kampung ayah di Indonesia ''.. kata Zaleha.. Disini baru aku tahu bahawa ayah Zaileha berasal dari Kampar Indonesia..Aku tak kisah berasal dari mana pun janji dia seorang wanita yang baik..sebab aku rasa ini sahaja harapan aku mungkin Zaileha juga jodoh aku..siapa yang hendak kepada budak sampah semacam aku..

Kapasiti sampah berlipat kali ganda terutama menjelang musim perayaan..bertungkus lumus melawan sampah sarap demi keselesaan semua..

Tahun baru Cina berlalu..kedai kek dimana tempat Zaileha bekerja telah dibuka..tetapi Zaileha masih belum masuk kerja..Aku terpaksa menggunakan encik Abd Shukor bin Abd Rani untuk menyiasat..
.
'' Man.. akak yang kerja sama Leha tu kata... Leha telah berkahwin dengan pilihan Ibunya di Kampar ''.. beritahu encik Abd Shukor kepada aku..
.
Selang sebulan selepas itu aku cuma memerhatikan saja Zaileha dan suami nya seorang lelaki Indonesia pilihan Ibu nya dari bawah pohon jati tempat pekerja lepak lepak sambil menunggu waktu ''punch kad '' roll coll balik...aku rasa Zaileha akan bahagia..
.
*** Aku rasa aku sedar diri..gadis Indon pun susah dengan aku..mungkin juga aku tidak seruis dalam hal ini..cuma sedikit sahaja perasaan kecewa berlaku ketika itu..dalam masa yang sama sambil mengubat sedikit kekecewaan aku giat bekerja lebih masa serta meningkatkan prodaktiviti pengumpulan hasil barangan lusuh seperti botol/tin minuman dan suratkhabar lama..


Read more...

Isnin, 15 Februari 2010

Majlis Perkahwinan

Semalam 14hb Feb 2010 kawan bersama keluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak kawan lama yang sama sama berjuang didalam kerja binaan part time sedikit masa lalu..

kawan dengan muka tak malu telah menambah nasik sampai 2 pinggan kerana masakan yang sedap..kari daging Kerbau/ayam masak merah/dalca/sambal belacan dan ulam celor nangka bubur..Oleh kerana kawan lama kawan ni salah seorang staff awan di kem 7 renjer dan bermenantukan seorang tentera maka banyak lah trak yang datang...dan hadirin dihiburkan juga oleh pancaragam dari kem terbabit..

Macam biasa selepas makan duduk lepak lepak bawah pokok sembang sembang lebih kurang maka kawan sekeluarga pun balik lah selepas bersalam ''kukut ''..tak dapat elak kerana satu sahaja jalan masuk dan disitu juga jalan keluar..


Sempat juga kawan rakam gambar pengantin perempuan sedang memperagakan pakaian Sare diatas pelamin..Pengantin Lelaki belum sampai lagi..
.
*** Salam ''kukut'' bagi sesetengah daerah dalam negeri Pahang membawa maksud salam dihulur bersama RM kepada Tuan Rumah..tak kira lah berapa asal ada RM100 RM50 RM10 RM5 dan hati hati bila RM yang bersampul ( amplot ) berkemungkinan Tuan Rumah akan menerima RM2 sahaja..

Read more...

Sabtu, 13 Februari 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1987 ( Krew CT 3010 dan Siti Zaileha )

Setelah setahun lebih aku bersama krew CQ 8917..aku ditukarkan pula kepada unit perkhidmatan dalam bandar dengan menjadi krew lori sampah ( Kompaktor ) CT 3010..
Ct 3010 pernah masuk Tv dalam iklan sabun basuh berjenama terkenal selepas lori itu dibaik pulih..

Dengan kehadiran kompaktor baru ini kerja akan menjadi lebih senang....sistem hydrolic yang canggih mempunyai lifter untuk meloading metal bin berkeupayaan kuat bagi muatan sampah bermeter padu berat..

'' Awak tau Man.. Leha tu memang suka dekat awak dan dulu dia ada tanya Pak Teh awak ni dah kawin ke belum '' begitu kata kata Pak Teh Mat Yassin kepada Aku..

'' Ntoh lah Pak teh..kawan segan amat dengan perempuan ni '' ...

Ini Metal bin 4 wheel ( Tiada kaitan dengan muzik tau )

Setiap kali aku dan krew melalui lorong Jalan belakang kedai kek tempat Zaileha bekerja pasti aku dijadikan bahan kata antara aku dan Zaileha oleh Pemandu encik.Ma'arof bin Said serta krew encik Zulkifli bin Jaafar..encik Mat Yassin bin Ishak dan encik Hussin bin Abu..ada yang kata bila nak bawa Zaileha dating..Ada juga yang kata..'' Kalau aok tak nak Zaileha kawan yang nak '' kata en Zulkifli yang sudah punya isteri dan 6 orang anak..

Setiap kali lori kami melalui kawasan lorong belakang kedai kek tersebut pasti Zaileha yang akan keluar untuk menghantar sampah ..Aku perasan Zaileha semacam bila nampak aku..Aku macam biasa saja..cuma rasa berdebar debar bila menyambut sampah sarap dari Zaileha..

Macam biasa sebuah panggung wayang uzur tempat aku dan krew berehat bagi melepaskan penat lelah..membuat kerja kutipan Sampah dikawasan dalam bandar ini banyak sangat pancaroba..yang paling menyedihkan hati aku apabila orang orang pasti menutup hidung akibat busuk bau sampah.. Bagi lah mereka mereka ini tidak membuat sampah..

Kini sudah hampir 5 bulan aku mengenali Zaileha tapi tak pernah sekali pun keluar berduaan ..

" Man ada surat untuk aok ..budak kerja kedai kek lorong klinik Sulaiman tu bagi '' jerit Abdul Shukor bin Abdul Rani seorang krew pembersihan longkang..

Ada pantun dalam surat Zaileha

Kalau dedak katakan dedak..
Tiada saya tertampi tampi..
Kalau hendak katakan hendak..
Tiada saya ternanti nanti...

Aku mula menjadi tak tentu arah..'' Arh sudahhh ni..''....

*** AlFatihah untuk encik Zulkifli bin Jaafar..encik Mat Yassin bin Ishak dan encik Hussin bin Abu kerana mereka mereka ini pergi dahulu menemui Tuhan.. Mereka mereka ini banyak mendekatkan hubungan aku dengan Siti Zaileha..


Read more...

Jumaat, 12 Februari 2010

Terima kasih encik Bomba

Sebuah tong roro ( Amro bin )..telah terbakar dikawasan Industrial park ..api begitu marak sekali dengan asap yang berkepul kepul ke udara..mencemarkan keadaan disitu..

Bermungkinan disebabkan oleh pengguna yang tidak punya rasa tanggung jawab menjaga harta awam milik PBT ini..Membakar dengan sesuka hati tidak pun membuang sisa lupus yang ada bara api ..

Berlaku nya kebakaran begini akan merugikan banyak pihak..

1. Pihak PBT
2. Pihak Syarikat pelupusan sisa pepejal
3. Pengguna sendiri

Tindakan pantas anggota Bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran dalam Amro bin tersebut

Komitmen yang diberi oleh anggota Bomba dan Penyelamat ini sangat sangat dihargai meski pun cuma memadamkan kebakaran dalam Amro bin ..


Api telah dipadamkan dengan sepenuhnya..tindakan seterusnya sisa kebakaran tadi akan dibawa ke tapak pelupusan ( Landfill ) untuk dilupuskan..

*** Terima kaSih yang sangat sangat kepada Bomba dan Penyelamat daerah Jerantut..

Read more...

Khamis, 11 Februari 2010

Temuduga terbuka ( Muslim only )

TEMUDUGA SEBAGAI : CALUN JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang
kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

*** Terima kaSih Dett .. untuk email ini kawan forward kat sini sahaja..

Read more...

Rabu, 10 Februari 2010

Sepanjang Jalan kenangan 1986 ( krew CQ 8917 )

'' Wa'ang ado pitih baik wa'ang buek lesen mandu yo Man..'' kata kata pemandu lori sampah en Ahmad bin Suli masih terngiang ngiang di telinga aku ketika habis waktu untuk punch kad..

'' Ado baik yo..sampai bila wa'ang nak angkat ( loading ) sampah ni Man ''..itu kata en Ahmad bin Suli lagi kepada aku.. ( Loghat dalam bahasa Kampar )

Aku tekad mengumpul duit untuk mengambil lesen lori kerana aku tidak mau bergelumang dengan sampah sarap sehingga kan air sampah yang likat mengalir ke birai siku aku..bau tak payah cerita lagi..sekurang kurang aku jadi pemandu cuma pegang stering dan sekali sekala sahaja tolong krew meloading sampah..aku juga sering terfikir adakah mana mana wanita yang sudi dengan aku ni..itu kurang menjadi penting kerana aku utamakan kerja dulu..

Setelah selama satu tahun ditugaskan menyapu sampah aku diarahkan pula untuk menjadi krew lori sebagai tukang loading sampah..Ketika itu semua lori kutipan sampah tiada sistem hydrolic macam sekarang..semua secara manual..bentuk lori macam open tipper..

Pemandu en. Ahmad bin Suli ..krew bawah en. Zakaria bin Yadin..en. Abd Latif bin Ishak..aku dan krew diatas en. Siteh bin Ishak..

Kerja normal bermula jam 0700 pagi..waktu kerja menjadi tak normal bila bermula jam 0830 pagi..mengambil kira masa mengetea yang terlalu panjang..Untuk laluan biasa setiap hari team CQ 8917 akan mengambil sampah di sebuah Hospital yang besar juga ketika itu..terletak di atas bukit..Keadaan sampah di wad 2 ( wad bersalin ) amat mengerikan dengan darah yang hanyir sarung tangan terpakai..cuma jarum suntikan pihak Hospital melupuskan sendiri..sekarang tidak lagi..Untuk pelupusan Klinikal waste ada sebuah Syarikat yang menguruskannya..

Pernah juga baju ( uniform ) terkena air jeruk lobak merah yang bau nya sangat menyengat hidung akibat tersalah loading..sukar untuk menghilangkan kesan tersebut meski pun baju berendam dengan bahan peluntur..

Bila muatan sudah penuh..kami semua berangkat untuk membuang sampah di sebuah tapak pelupusan ( LandFill ) jarak 6 km dari bandar..Tapak pelupusan masih lagi menggunakan sistem kumpul dan bakar..disitu ada jawatan tukang bakar sampah..dan ditapak pelupusan itu juga kami sempat mengumpul hasil hasil ( untuk dikitar semula jual dapat duit ) seperti kotak/kertas/getah/botol/aloy/plastik dan macam macam lagi asal boleh dijual..pendapatan sampingan sekitar RM15 seminggu..

Hampir setahun lamanya aku bersama CQ 8917..selang beberapa bulan berikut depoh menerima lori baru ( Kompaktor ) keupayaan loading menggunakan hydrolic sepenuhnya..dan juga tong besi beroda ( two wheel bin ) untuk bekas sampah berpusat.. dengan ini memudahkan kerja krew.

Semangat aku makin melonjak untuk belajar memandu dan aku terima satu khabar berita dari seorang rakan pekerja '' Man awek kedai kek yang selalu sampah nya tidak berbungkus itu kirim salam kat kau ''

** Siti Zaleha muncul dipersada hati kawan meskipun kawan kurang memberi tumpuan kepada kaum Hawa ketika itu..alahai...

Read more...

10 perkataan pelik dari kampung kawan

** Pengunaan perkataan ini mungkin tiada dalam mana mana kamus..cuma terdapat di Kampung kawan sahaja..jarak Kampung kawan kebandar hanya 2 km ..jika rodong rodong pernah terdengar pengunaan bahasa ayat ini mungkin bermakna beliau datangnya dari Kampung kawan..

1. Culing = Tidor

2. Mongkok = Kahwin

3. Taji = Makan

4. Nuai = Terima Gaji

5. Gedobey = Duit / Wang

6. Nuhid = Menoreh

7. Maula = Getah sekerap

8. Tak Kemeroh = Tak reti

9. Pakuh = Mengena

10. Mekong = Malas / Sentiasa berehat

Read more...

Selasa, 9 Februari 2010

Sepanjang jalan kenangan 1985 ( Kerja )

Keseronokan menoreh masih dapat aku rasakan lagi dengan harga getah cair yang amat stabil..Atas nasihat abah aku..aku terpaksa menerima kerja disebuah PBT ( Pihak berkuasa Tempatan ) Majlis Daerah sebagai Buruh Am..dengan gaji yang tak bergebuk aku kerja juga demi masa depan dan abah aku ada berkata '' Batang getah tak kemana..kalau kau rindu ia kau balik lah dihujung minggu ''...

Dapat aku jangka mesti tugas aku sebagai krew lori pengangkut sampah ataupun krew Sapuan jalan maupun krew pencuci longkang..Bolehkah remaja seperti aku membuat kerja kerja begini ditengah tengah bandar..

Dengan semangat motor baru berkuasa Y80 CDI yang baru abah aku beli sebagai hadiah untuk perangsang aku bekerja dan atas kesedaran aku yang kurang bepelajaran ini saja kerja yang layak buat aku selain menoreh getah..

Aku melapor diri dihari pertama di Majlis Daerah ( sekarang Majlis Perbandaran ) sebagai penebas rumput ditepi longkang untuk kerja dihari pertama..Hari kedua aku terus ditukarkan ke Cawangan Bandar kedua pesat kerana disana kekurangan pekerja ketika itu..Tiada masalah bagi aku kerana jarak hanya 13km sahaja dari rumah..

Setelah menerima arahan dari Mandor ( Ketua Pekerja ) aku ditugaskan untuk membuat kerja ( Cleansing ) penyapuan Sampah disebuah lorong ..Aku tau di lorong itu terletak nya kilang kain dan juga 2 kedai syarikat pencetakan..dan dilorong itu juga ada pusat perjudian ( mesin kuda dan Jack Pot ) Aku dibekalkan dengan 1 penyapu lidi,1 skop sampah dari tin minyak kelapa dan sebuah kereta tolak ( push Cart )..

Tentunya kilang kain dan Kedai pencetakan itu pekerjanya adalah kaum perempuan..dengan mengenakan topi Bareeta aku merendahkan topi tersebut agar tiada siapa yang dapat mengenali aku.. ( Bareeta adalah nama seorang penyiasat pesendirian siri tv yang hebat saingan dengan Hawaii five O ketika itu )..

Aku bekerja dengan bergaya meski pun perasaan malu menyelubungi sangat sangat..tapi demi masa depan aku gagahi jua..dan aku bangga menjadi penjawat awan ketika itu meskipun jawatan aku hanya penyapu sampah dengan gaji cuma RM285 sebulan..

Dengan ini juga aku tau betapa banyak penyelewengan yang berlaku dalam pekerjaan..terutama penyelewengan waktu ( masa bekerja )..Gila kuasa bagi yang berpangkat..menipu dan bermacam macam skandal lagi..

*** Gantinama aku adalah kawan untuk menaikan jalan cerita ini...ini kisah liku liku perjalanan hidup kawan yang mana segala tempat segala objek tiada kawan nampak kan..




Read more...

Bergebuk

Kawan rasa tentu ramai yang tak pernah dengar ayat BERGEBUK ini..

Contoh ayat 1 : Hari ini saya dapat gaji..poket saya bergebuk dengan duit..

Contoh ayat 2 : Kalau rajin berusaha tentu kita dapat rezeki bergebuk..

Contoh ayat 3 : Banyaknya padi dalam kepok itu bergebuk gebuk..

*** Kawan bukan pakar bahasa..tapi kawan rasa bergebuk ini sama makna dengan banyak melimpah ruah..

Read more...

Isnin, 8 Februari 2010

Terer

Al kiSah tiga orang rodong menceritakan kehebatan bapa masing masing dalam ketahanan menyelam didalam air..

Rodong 1 : Wo0o...kau tau bapa aku boleh menyelam tanpa Gas selama 45 minit..

Rodong 2 : Tak terer lagi...Ayah aku 1 jam menyelam kat dalam lubuk pulak tu..

Rodong 3 : Kalau macam tu Bapa korang tiada lah seterer mana pun..sebab Abah aku menyelam dari tahun 1976 dulu hingga sekarang belum timbul timbul lagi..

*** .......

Read more...

Aduan n0.3

ADUAN 1

Pengadu : Encik..rumah saya dah 1 bulan tak ambil sampah..

Penerima aduan : Sampah jenis apa tu encik..

Pengadu : Sampah kebun hasil cantasan pokok pokok dan rumput rumput..

Penerima aduan : Maaf kami cuma ada jadual berkala sahaja untuk perkhidmatan sampah kebun itu..

Pengadu : Ok encik..terima kasih saya faham..

ADUAN 2

Pengadu : Bila lori nak masuk ni encik?..sampah rumah saya dah 1 bulan tak diambil..

Penerima aduan : Minta maaf encik..mengikut laporan Penyelia kami sampah dipremis encik dalam pagar yang berkunci..nanti sila letakkan di sangga luar pagar okes..

Pengadu : Lorr..ok encik minta maaf..

ADUAN 3

Pengadu : Encik..sampah rumah saya tidak pernah diangkat kenapa yer..

Penerima aduan : Encik ni dari mana?..

Pengadu : Dari kawasan perumahan yang terbengkalai cuma 3km sahaja dari bandar..dah lah tu semak samun pula tak pernah bertebas..wakil rakyat setempat tidak pernah pun jengok kami..api air tiada..kami cuma mandi air dari 'culvert 'sahaja..loan bank untuk rumah ini kami dah bayar..tapi rumah masih tak siap siap..

Penerima aduan : erh?..

*** Aduan setempat tiada mengira masa..waktu dan situasi..

Read more...

Ahad, 7 Februari 2010

Undangan majlis perkahwinan pada musim Tahun baru Cina

13hb Feb 2010

1. Rumah en. Kamaruzaman bin Piei ( daerah Temerloh )
2. Rumah en. Mahmud bin Maso'od ( daerah Maran )
3. Rumah Mak Chu Lebar ( Jiran )
4. Rumah Kak Zaitun ( Jiran dekat rumah abah )
5. Rumah Kak Rose ( Kakak ipar di Rawang selangor )

14hb Feb 2010

1. Rumah en. Idris bin Sulaiman ( daerah Kuantan )
2. Rumah en. Abd Manaf bin kelipot ( daerah Jerantut )
3. Rumah Makcik Jamar ( Jiran )
4. Rumah Siti Fatimah bt Mat Zain ( daerah Maran Jengka 3 )
5. Rumah Karim bin Mat Noor ( daerah Jerantut )
6. Rumah Nadarajan a/l Subbiah ( rakan pekerja )

15hb Feb 2010

1. Rumah en. Mahmud bin Md Diah ( daerah Temerloh kampong Lama )
2. Rumah en. Zakaria bin khatib Seman ( daerah Temerloh )
3. Rumah en. Abd Razak bin Deraman ( daerah Jerantut )

** Adoiiii...~~

Read more...

Sabtu, 6 Februari 2010

Terangkat

Dialog antara dua orang pemuda yang sedari tadi memperkatakan sesuatu yang terangkat..

Pemuda 1 : Wo0o..terangkat aku tengok bodi aweks yang lalu tadi beb!..

Pemuda 2 : Aku tadi ko tau tak..punya lah terangkat bila ada sorang gadis seksi lalu depan aku duk jalan goyang goyang..

Pemuda 1 : Beb! aku tanya ko..apa bendee yang terangkat angkat ni?..

Pemuda 2 : Entah...?

** Tu diaa..terus tersembunyi keegoan masing masing bila kedua dua pemuda tersebut tiada tahu apa yang terangkat..

Read more...

Jumaat, 5 Februari 2010

Senyum pagi Jumaat ( Mesej diawal pagi )

Sms 1

Akak : Abang !..beli ikan patin hari ini..jangan lupa daun kesing..daun kesum ada belakang rumah..jiran punya..

Kawan : Okes..

Sms 2

En. Tajuddin : Operasi pagi ini jangan lupa tong Dewan..

Kawan : Okes

Sms 3

Mat Zaidi : En.Gua Mc ini hari..cari lain pengganti..

Kawan : Okes..

Sms 4

Aku yang kecewa : Abang tak nak ada berhubungan dengan saya lagi ke?..

Kawan : Okes..

Sms 5

Akak : Abang jangan lupa ikan patin tau..

Kawan : Okes..

Akak : Apa yang Okes Okes ni Abang weh..

*** Adakala itu je yang sempat bila menjawab SMS.. Okes okes..!



Read more...

Khamis, 4 Februari 2010

BerMC didalam Cuti Tahun

Kedengarannya amat pelik..tapi itu lah hakikat..malam semalam kawan ke sebuah Klinik Swasta untuk mendapatkan ubat yang biasa biasa kawan makan..Ubat sakit sendi urat..Oleh kerana kaki kawan ada rasa denyut denyut dengan sakit yang terasa suam suam sahaja..maka terpaksa juga kawan membuat pemeriksaan doktor dengan makna ( doktor lah yang memeriksa kawan ..takut tersalah ayat ).

Setelah siap diperiksa oleh doktor yang beketurunan India Muslim itu beliau berkata kepada kawan..

Doktor : Oke..Saya bagi awak 2 hari MC..sebab ini sakit kena banyak rehat..

Kawan : Tapi Doktor..saya dah bercuti tahun 2 hari..

Doktor : Ohh..itu tak menjadi hal..Awak boleh batalkan cuti tahun tersebut..

Kawan : Kalau Doktor tak bagi MC pun ok ke?..

Doktor : Tak boleh..Saya terpaksa bagi juga..ini prosedur sebab awak sakit..nanti jadi apa apa hal siapa susah..

Oleh kerana malas nak berpanjangan kawan ambil juga MC tersebut..dan kawan berMC dalam bercuti tahun.. ( malas nak padam rekod kerana cuti tahun yang tahun 2009 masih lagi berbaki.. )

*** Dan akak kat rumah tidak boleh mengarahkan kawan sewenang wenang sebab kawan MC..kena banyak rehat..

Read more...

Rabu, 3 Februari 2010

Tersungkur di mesin ATM Bank Islam

Oleh kerana poket kawan telah berlaku kesusutan dengan RM..setelah berhari hari membayar segala hutang piutang membayar segala bil bil yang tertunggak dan tidak tertunggak maka duit pun tingallah beberapa helai nipis dengan jumlah mata wang yang amat tidak memberangsangkan..

Maka kawan pun melangkah longlai untuk mengeluarkan RM yang masih bersisa disebuah bank ternama didalam bandar tempat kawan ini..

Setelah memasukkan kad..dan mengesahkan no pin..kawan pun terus ke menu baki.. masih berbaki lagi rupanya..kawan tekan pula kearah pengeluaran dan menekan RM150..'' Plap !!!..dengan tiba tiba mesin ATM tersebut menjadi gelap..hilang semua angka dan ayat ayat yang tertera pada skrin...

'' Arh ..sudah ''...kawan terus mendapatkan seseorang yang bertugas di kaunter bank tersebut seorang wanita yang manis sentiasa tersenyum..kawan bagitau dia mesin tersebut tiba tiba jadi gelap dan kad ATM kawan masih dalam mesin itu..

Tiba tiba pak Guard yang mengawal sekitar mesin tersebut memanggil kawan bahawa kad ATM kawan telah keluar ..tapi skirn masih gelap lagi..pertugas kaunter memberitahu kawan.. cuba mesin yang disebelah pula..Ohh! baki telah susut..pengeluaran dibuat sebanyak RM150..

Kawan mendapatkan pertugas kaunter dan beliau berkata..'' Encik isi borang aduan ni dan tunggu sepuluh hari bank kami akan memasukan semula RM150 encik itu..kata beliau dengan lembut..

Dan kawan mula bercakap dengan nada yang agak tinggi.. '' Macam mana kalau saya terdesak sangat nak menggunakan wang seperti hendak membayar loan kereta yang sudah tertunggak 3 bulan atau pun jika saya hendak membayar hantaran perkahwinan dalam dua ke tiga hari lagi..adakah saya akan menunggu untuk sepuluh hari juga...

'' Yerr..sebab mesin ATM ini ada vendor lain yang uruskan..borang yang encik isi tadi kena hantar ke Kuala Lumpur dahulu '' jawab petugas kaunter itu..

..Kawan melangkah keluar dengan longlai..dalam hati mula berkira kira mau tutup sahaja akaun kawan dibank ini..

*** Esok pagi kawan terpaksa bekerja keras dengan mengumpul tin dan kotak kotak lebih banyak lagi..lebih daripada kadar biasa..

Read more...

Selasa, 2 Februari 2010

Mis semata

Sedang kawan belek belek surat khabar pagi tadi..datang lah seseorang untuk meminjam suratkhabar kawan untuk menengok helaian belakang dalam ruangan keputusan sukan..Orang ini kawan kenal.. beliau sering berlegar legar disekitar bandar..

Pap!!..bunyi suratkhabar kawan ditepuk serentak dengan suara beliau berbunyi..Ciss!! Mis semata lah bang ''...

'' Benda yang mis semata tu wei? ''..tanya kawan..

'' Ni ha..nombor yang kawan tikam semalam mis semata ..dah 26 kali mis semata ''..jawab rodong kawan tadi dengan serius..

Dan dalam hati kawan berkata..'' Memang begini lah situasinya..bila mis semata heboh sana sini..tapi bila mengena senyap jer ''..

** Judi adalah haram disisi Agama Islam..

Read more...

Isnin, 1 Februari 2010

Futsal dan Congkak

Kejohanan Futsal dan Congkak ALAM FLORA SDN BHD ( KRKAF ) PSA3 telah berlangsung di Gelanggang Inderapura FutSal centre Jerantut Pahang..( 31/01/2010 )..Kejohanan ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada pekerja yang datangnya dari 4 daerah dalam negeri Pahang ini iaitu daerah Temerloh,Bera,Maran dan Jerantut..

Acara gilang gemilang yang dipertandingkan adalah Futsal bagi lelaki dan Congkak bagi wanita..dan macam biasa cabutan Hamper bagi nombor bertuah tapi ( kawan tak dapat )Perasmian telah dilaksanakan oleh Pengurus kawasan PSA3 ( bosS ) en Azmi bin Muda..

Antara petikan beliau berkata dalam ucapan perasmian tersebut '' Kejohanan ini yang penting pada komitmen senang dan susah kita dapat bersama dalam acara seperti ini ''..dan juga pada hari esok jangan lah ada sebarang MC ( cuti sakit ) daripada pekerja semua ..meskipun selepas perlawanan Futsal ini tentu ramai yang akan mengalami sakit badan..



Pendaftaran bermula bosS en Azmi menjadi peserta pertama mendaftar..
...
Kelihatan en Ariffin supervisor dari Temerloh sedang menjampi sesuatu mungkin untuk mencapai kemenangan mudah..

En Kama Jurulatih ( Juruletih ? ) sedang menerangkan sesuatu kepada semua pemain dan membolehkan en Azmi dan en Shaari tergelak..


Bila berlaku perselisihan pendapat pasti akan menganggu kestabilan emosi..seperti yang berlaku kepada en Baha OE dan en Shaarie Supervisor Temerloh ini mungkin perancangan untuk meletak en Baha dalam posisi penyerang tidak menjadi..

Acara perasmian berlangsung..kelihatan en Shaari dari Jerantut tidak sabar sabar lagi untuk menyepak bola..


'' Saya akan melupakan skrew dan tayar tayar yang pancit buat seketika demi kejohanan kali ini '' begitu kata en Azizul FMD seruis..

'' Kami akan mengekalkan kewibawaan kami dalam kejohanan Congkak kali ini '' begitu kata Pn Onie FMD dan Pn Juliana HR

'' Harapan saya untuk menang kali ini.. saya akan berhati hati dalam kejohanan ini '' kata Cik NurulHajar 3R sewaktu memeriksa kelembutan jari jemari beliau..skill utama dalam perlawanan Congkak terletak pada kelembutan jari jemari ' kata beliau lagi.. ( pstt no HP beliau ada pada kawan :) )..
Ini adalah pasukan Temerloh C yang amat digeruni tapi tidak menjadi serapah jampi daripada en Ariffin

Pasukan Jerantut dibawah pimpinan en Shaari..kelihatan penyerang Otai duduk sebelah kanan en.Rozali Yaakob..

Perlawanan antara pasukan Jerantut B dan Bera..kelihatan penyerang Otai en Rozali Yaakob dengan skill beliau yang masih berbisa..

Acara Congkak sedang dijalankan ..sehingga sekarang en Kama masih lagi tidak pandai menyebut perkataan Congkak..beliau masih lagi menyebutnya sebagai Cokok..

Pasukan Jerantut A sebagai naib juara Futsal..

Pasukan Temerloh B Juara Futsal..

Ini dia Juara Congkak Pn Jamilah HR dari Temerloh..'' kemenangan ini amat bererti bagi saya kerana inilah pertama kali saya bermain congkak '' ..kata beliau dengan terharu..

Gambar ini diambil oleh wartawan cik Ain daripada Sinar Harian edisi Pahang..jadi cepat cepat dapatkan akhbar Sinar dipasaran..


***Terima kasih kepada semua yang terlibat..badan kawan mula terasa sakit sakit akibat daripada kejohanan ini..meskipun kawan tak bermain dan hanya sibuk kehulu dan kehilir..tak tau kenapa..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP