Isu Video seks : Adele saman majalah Perancis siar berita palsu
Tweet
* Adele
LOS ANGELES 20 Feb. - Pemenang Anugerah Grammy, Adele mengemukakan saman terhadap sebuah majalah yang menyiarkan artikel palsu mendakwa dirinya terlibat dalam rakaman video seks dalam majalah itu.
Peguamnya, Schillings mengambil tindakan itu selepas majalah berbahasa Perancis itu meletakkan satu daripada gambar wajah Adele di bahagian muka depan majalah itu.
Penyanyi berusia 23 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam video tersebut.
"Anak guam saya tidak terlibat dengan video itu seperti didakwa dalam artikel tersebut," katanya.
Seorang jurugambar selebriti berpangkalan di Paris turut memuatkan video tersebut dalam laman webnya, menyebabkan ia sesak dilayari peminat yang ingin tahu tentang kesahihannya.
Sementara itu, Adele dikhabarkan sudah berpindah ke kediaman baru yang disewa pada harga £15,000 (RM72,037) sebulan untuk berada hampir dengan teman lelaki barunya, Simon Konecki, 37 tahun.
Ketika bercakap sebelum anugerah Grammy, baru-baru ini, penyanyi Someone Like You itu berkata, dia kini benar-benar jatuh cinta.
Menurutnya, Simon menceriakan hidupnya selepas melalui detik sukar selama beberapa bulan berikutan pembedahan tekak disebabkan masalah peti suaranya.
"Dia mengambil berat tentang saya. Rasanya pasti sukar melalui proses penyembuhan tanpa dia berada di sini," katanya.
- AGENSI

















0 Merujuk kepada perkara diatas:
Catat Ulasan