Ingat Senang Cari Duit?

10 paling terkini ( snippet )

Jumaat, 24 Februari 2012

Jennifer Aniston dianugerah Walk of Fame


Jennifer Aniston dengan tangannya menyentuh arca bintangWalk of Fame di Hollywood, kelmarin. - REUTERS

LOS ANGELES 23 Feb. - Pelakon, Jennifer Aniston menerima pengiktirafan Walk of Famesemalam, menjadikannya barisan pelakon pertama dalam siri drama televisyen Friends meraih anugerah tersebut.

"Saya berasal dari Sherman Oaks, California dan tidak pernah menyangka akan menerima pengiktirafan Walk of Fame.

"Saya berasa syukur dan ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya," kata Aniston kepada peminat dan rakan-rakannya di majlis itu.

Aniston hadir di majlis itu bersama ayahnya, John Aniston dan teman lelakinya, Justin Theroux yang juga merupakan pelakon gandingan dalam filem Wanderlust.

Aniston menjadi terkenal ketika berlakon sebagai Rachel Green dalam siri komedi hit 1990an,Friends.

Dia turut memenangi anugerah Emmy dan Golden Globe bagi lakonannya dalam drama Friends.
Dalam pada itu, pelakon lain Friends iaitu Courteney Cox, Matthew Perry, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer tidak hadir pada majlis tersebut.

Kehidupan peribadi aktres itu menjadi tumpuan ramai sehingga melibatkan pelbagai selebriti berprofil tinggi sejak dua dekad lalu termasuk perkahwinannya selama lima tahun bersama pelakon Brad Pitt yang menjadikan mereka pasangan popular di Hollywood.

Selepas Friends berakhir pada 2004, Aniston berlakon filem The Good GirlDerailed serta filem-filem komedi seperti The Break-UpThe Switch dan Horrible Bosses.

Aniston bakal muncul dalam filem terbaru, Wanderlust berganding dengan Paul Rudd, Malin Akerman dan Theroux yang akan ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat pada Jumaat ini. 

- REUTERS

0 Merujuk kepada perkara diatas:

Catat Ulasan

Makluman yang tepat kan dapat mengatasi segala yang merapu..Selamat mengomen :=)

Untuk bertukar link sila ke Terminal ini

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut rapat rapat

Pengomen bagus

Get this widget

PenguruSan Link Luaran


widgets

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP