Ingat Senang Cari Duit?

10 paling terkini ( snippet )

Sabtu, 25 Februari 2012

Pesta maksiat di tengah rimba


* ANGGOTA Jabatan Perhutanan menemui tilam dan kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina.
JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.
Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.
Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.
Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.
Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.
Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.
Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.
* Sumber Kosmo!

1 Merujuk kepada perkara diatas:

akuanakpahang 25 Februari 2012 10:05 PG  

Jadi hantu hutan blake yak :)

Catat Ulasan

Makluman yang tepat kan dapat mengatasi segala yang merapu..Selamat mengomen :=)

Untuk bertukar link sila ke Terminal ini

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut rapat rapat

Pengomen bagus

Get this widget

PenguruSan Link Luaran


widgets

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP