Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Disember 2012

Secebis Kenangan di Malam Tahun Baru 1989


Entri kitar Semula : 

Masih segar didalam ingatan pada malam tahun baru dalam tahun 1989..Zaman Gua yang masih lagi sedang mengganas..( bukan pengganas )


* Motor jenama ni yang gua pakai dulu

Mengganas dengan bermotosikal..kehulu hilir dengan senang hati..sambil menunggu detik 12 malam di dataran bandar dalam daerah Gua ketika itu..

Ada anjuran hiburan dari sebuah Syarikat minuman terkenal dengan barisan artis yang top ketika itu..dan malam itu juga nak tengok bunga api..begitu teruja..

'' Jangan pergi kat Dataran malam ni..motor Lu signal tak nyala..tentu polis banyak buat Operasi lebih baik ikut aku dengar tazkirah kat Surau kita malam ni''..kata Micki..

'' Nak tengok bunga api je..bukan selalu ''..jawab Gua..

Itu kata Micki petang tadi..tetapi Gua tidak mengendahkannya..degil sungguh Gua ketika itu..

Dataran sudah penuh dengan orang ramai yang nak berCountdown malam itu..macam macam jenis orang ada..yang besar yang kecil yang lawa yang tak lawa juga ada..ada yang datang berkapel kapel sambil pula berkepit kepit..( sah sah bikin Maksiat )

10..9..8..7..6..5..4..3..2..1.. Selamat Tahun Baru 1989 !..Gua terdengar laungan orang ramai di Dataran..

Dan ketika itu dengan langkah bergaya Gua sedang menolak motor menuju kebalai polis yang berdekatan ..kesalahan hanya lampu signal tidak menyala sahaja..( ada ka Polis cop Gua sebagai Pelumba Haram malam tu .. tiada keadilan sungguh Gua rasa )

*** Pengalaman ini tidak dapat di lupakan oleh Gua sehingga sekarang..


Read more...

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari 2013

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Beliau berkata, bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. 

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lalu atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian. 


Beliau berkata, sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) sudah diterima sehingga hari ini di mana ia membabitkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga). 

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya. 

Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. 


- BERNAMA 


Read more...

Makan Tomato boleh hapus Kesedihan ?

( Berita berkaitan
( Berita berkaitan 2 )

Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan. 

Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya. 


Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.


- Agensi 


Read more...

Akibat Pamer Payud@ra atas CatWalk, Model Cantik diDenda


Vo Hoang Yen

Seorang Supermodel Vietnam didenda oleh pihak berkuasa lantaran memaparkan payudaranya dalam sebuah acara pertunjukan busana pada minggu lalu.

Si cantik Vo Hoang Yen dinilai oleh pihak berkuasa Vietnam, telah melanggar nilai kesusilaan, setelah ia mengenakan pakaian minim yang memaparkan sebahagian besar payudaranya dalam pertunjukan busana berjudul, Ghairah dan Konvergensi, di Bandar Ho Chi Minh, 30 Disember 2012.

Menurut berita dari Asiaone.com, Minggu (30/12/2012), dan dipetik Tribunnews.com, wanita berusia 24 tahun itu disoal siasat oleh pihak berkuasa di Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, didenda 3.5 juta Dong Vietnam atau sekitar Rp 1,6 juta (kadar Rp 1 per 2,16 Dong).

Sementara pihak penganjur pertunjukan busana dikenakan denda sebanyak 7,5 juta Dong Vietnam (Rp 3,4 juta). Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, Do Hoang Nam, berkata pihaknya menjatuhkan hukuman tersebut lantaran, kostum yang dipaparkan semasa acara, termasuk pakaian yang dikenakan oleh Vo, tidak disajikan untuk diperiksa kepantasan oleh pihak berkuasa.

"Mereka tidak menunjukkan kepada kami dengan maksud untuk melepaskannya dalam panggelaran busana," katanya.

Sementara ketika disahkan, Vo, mengaku dirinya awalnya menolak untuk mengenakan pakaian tersebut, tapi kemudian ia dipaksa untuk memakai oleh pihak penganjur.

"Ketika saya diminta untuk mengenakan gaun itu, saya merasa itu salah dan sangat gugup. Saya juga merasa bahawa pakaian itu terlalu minim. Awalnya saya tidak mahu memakainya, tetapi saya mengalah kerana saya tidak mahu meletakkan penganjur dalam situasi yang sukar," ujar runner up pertama Miss Universe Vietnam 2008 yang mewakili negara itu di ajang Miss Universe 2009 di Bahamas.

"Saya diperingatkan sebelumnya tentang perlunya untuk mengekalkan tahap tertentu kesopanan selama acara modeling, namun insiden ini berlaku secara tidak sengaja. Saya ingin meminta maaf kepada semua orang untuk tindakan saya," kata Model ketinggian 178 sentimeter ini.

* Sumber asal tribunnews.com


Read more...

Info : 5 Negara Paling Bahaya Untuk Wanita

LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA

Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami

Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

"Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar," kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban

Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India
Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?

Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

* Sumber Penuh ( Sinar Harian


Read more...

Nenek masih hidup meskipun sudah diisytiharkan mati 2 kali


HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.

TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.

Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.

Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.

Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat.

Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.

Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan.

Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat.

Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas.

“Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. - DM

* Sumber


Read more...

Bapa Ayam Dera Bayi



KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.

Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang


TUJUH pelacur warga asing diberkas selepas polis menyerbu sebuah salun yang dijadikan markas persundalan di Kepong kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.

Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.
Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas.
Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Ahad, 30 Disember 2012

Info : 10 Nama Domain paling Mahal diDunia 2012

Sebuah web portal berita industri domain DN Journal menerangkan nama-nama domain termahal di dunia tahun 2012. Nama domain termahal dibeli melalui perusahaan berdaftar ataupun secara peribadi dari pihak yang sebelumnya memiliki domain tersebut karena jual beli domain mengamalkan prinsip "siapa cepat dia dapat."

Berikut daftar 10 domain internet termahal tahun 2012, seperti dipetik DN Journal:

1. Investing.com 
Harga: 2,45 juta AS
Dibeli tanggal 14 Disember 2012 penjualan peribadi

2. PersonalLoans.com 
Harga: 1 juta dollar AS 
Dibeli tanggal 26 Oktober 2012 DomainNameSales

3. FreeWebsite.com
Harga: 500.000 dollar AS 
Dibeli tanggal 7 November 2012 penjualan peribadi

4. WebHosting.co.uk
Harga: 500.000 dollar AS 
Dibeli tanggal 31 Oktober 2012  Sedo

5. Challenge.com
Harga: 500.000 dollar AS 
Dibeli tanggal 13 Oktober 2012 penjualan peribadi

6. Jackpot.com
Harga: 500.000 dollar AS 
Dibeli tanggal 18 April 2012 Moniker

7. Giftbasket.com
Harga: 350.000 dollar AS
Dibeli tanggal 21 November 2012  FindYourDomain

8. VI.com
Harga: 325.000 dollar AS
Dibeli tanggal 13 Oktober 2012  penjualan peribadi

9. BJ.com
Harga: 325.000 dollar AS
Dibeli tanggal 6 Juni 2012 lewat Toby Clements Newsletter

10. 60.com
Harga: 310.000 dollar AS
Dibeli tanggal 9 Mei 2012 KuwaitNet.com

* Sumber


Read more...

Patung Hitler Berdoa Cetus Kontroversi


Patung Hitler berdoa (Foto: AFP)

Warsaw - Patung bekas pemimpin Nazi Adolf Hitler sedang berlutut berdoa dibina di bekas tempat perkampungan warga Yahudi era Perang Dunia II, di Warsaw. Perkara ini telah  mengundang kecaman.

Karya yang diberi judul "HIM" ini merupakan ciptaan dari seniman Itali Maurizio Cattelan. Patungnya ini terus dikunjungi oleh warga yang teruja untuk melihat patung itu.

Namun seniman itu tidak membuat imej jelas, untuk siapa Hitler berdoa. Namun menurut pihak yang menganjurkan pameran ini berkata, patung itu menggambarkan tubuh yang menyedari perbuatan jahatnya.

Dari sudut lain, banyak pihak pula yang marah melihat kehadiran patung tersebut di lokasi yang dianggap sensitif. Kelompok pembela Yahudi, the Simon Wiesenthal Center mengatakan, penempatan usahasama tersebut merupakan bentukan provokatif yang menghina ingatan dari korban Yahudi atas keganasan Nazi.

"Bagi warga Yahudi, doa Hitler hanya mahukan Yahudi dihapuskan dari muka bumi," ujar Pengarah the Simon Wiesenthal Center Efraim Zuroff, seperti dikutip Reuters, Minggu (30/12/2012).

Tetapi banyak juga kumpulan yang memuji karya seni tersebut. Menurut mereka, patung itu menunjukkan kesan emosional yang kuat. Sementara penempatan patung di bekas lokasi penempatan warga Yahudi dibela oleh pihak penganjur, kerana mereka tidak bermaksud untuk menghina ingatan dari masyarakat Yahudi.

* Sumber okezone.com


Read more...

Planet Bumi ada Kembarnya akan ditemui pada 2013 ?

Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA

SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

* Sumber


Read more...

Gambar : Valeria Levitin, Wanita Paling Kurus di Dunia

Dengan tinggi mencapai 172 cm, berat badan Valeria Levitin hanya 26 kg. Berat badannya kurang dari setengah berat badan sihat yang diperlukan untuk wanita. Tak hairan bila ia digelar sebagai wanita paling kurus di dunia. (Foto: Barcroft Media)

Selama bertahun-tahun Valeria telah melakukan diet ketat yang juga disertai gangguan makan anoreksia ekstrem. Hal ini jelas membuat tubuhnya jauh dari kategori sehat. (Foto: Barcroft Media)


Valeria mulai mengembangkan gangguan makan sejak remaja. Ia mengatakan penyakit ini telah menghancurkan hidupnya. Oleh karena itu, ia tidak ingin wanita lain mengalami nasib yang sama dengannya. (Foto: Barcroft Media)


Pada usia 19 tahun, ia masih tampak sihat dengan berat badan tak terlalu besar. (Foto: Barcroft Media)



"Anoreksia telah membuat saya kesepian, tidak menarik dan menjijikkan bagi orang-orang di sekitar saya," ujar Valeria. (Foto: Barcroft Media)


Banyak wanita yang ingin memiliki tubuh seperti Valeria. Melihat tubuhnya yang amat kurus dijadikan inspirasi, Valeria kini mengambil langkah berani untuk berbicara tentang kondisinya dan kempen melawan anoreksia. Ia pun menolak mengajarkan gadis-gadis muda tersebut bagaimana 'cara mati'. (Foto: Barcroft Media)

* Sumber detik.com


Read more...

Enam suspek kes r0g0l berdepan hukuman mati


ORANG RAMAI memegang sepanduk bagi mendesak perogol wanita itu dihukum mati dalam satu tunjuk perasaan di New Delhi, India semalam.

( Berita Berkaitan

NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas.
Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu.
Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini.
Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu.
"Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.
"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu.
Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.
Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut.
Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan.
Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh.
"Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.
Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki.
Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.
Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka.
"Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan.
- Agensi

Read more...

Sabtu, 29 Disember 2012

China perketat Undang undang,Wajib anak lawat ibu bapa

Ilustrasi orangtua di China

BEIJING - China meluluskan satu undang-undang mewajibkan anak yang sudah dewasa melawat ibu bapa mereka sekerap yang mungkin dan jika gagal berbuat demikian akan berhadapan dengan risiko tindakan perundangan.

Undang-undang baru itu tidak menyatakan kekerapan lawatan yang perlu dibuat tetapi amaran mengabaikan ibu bapa boleh mendatangkan risiko tindakan mahkamah.

Laporan yang diterima semakin meningkat saban tahun ramai ibu bapa yang diabaikan dan ditinggalkan anak mereka.

Awal bulan ini, media melaporkan seorang wanita tua berumur 90-an dipaksa anaknya tinggal di kandang khinzir selama dua tahun.

Media turut melaporkan yang ramai anak cuba merampas aset ibu bapa mereka atau orang-orang tua yang mati tanpa pengetahuan sesiapa kerana ditinggalkan sendirian di rumah.

Perkara ini terjadi kerana anak-anak akan meninggalkan ibu bapa mereka sendirian kerana bekerja di bandar.

China mempunyai hampir 167,000 juta penduduk yang berusia lebih 60 tahun dan satu juta penduduk berusia lebih 80 tahun.

Kerajaan juga ada menyediakan beberapa alternatif seperti rumah penjagaan untuk orang-orang tua supaya mereka mampu hidup secara sendiri tanpa anak-anak.

* Sumber


Read more...

Terkini : Mangsa Rogol Beramai Ramai Meninggal Dunia Di Singapura


SINGAPURA: Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi, meninggal dunia awal pagi Sabtu di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.
Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia dengan kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu.
Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura pada Khamis selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.
Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari bas tersebut.
Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.
“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi waktu tempatan hari ini (Sabtu)," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura T.C.A. Raghavan dipetik oleh akhbar tempatan, The Straits Times, sebagai berkata bahawa keluarganya mahu jenazahnya diterbangkan ke India.
Wanita itu diiiringi ibu bapa dan dua adik lelakinya ke Singapura.
Raghavan berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa pelajar itu, di India dan Singapura.
Dia diterbangkan ke Singapura agar mendapat rawatan perubatan terbaik.
Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelajar itu.
* Sumber mStar Online

Read more...

Pemuda Kudung Bertemu Jodoh


KECACATAN fizikal Ali tidak pernah menjadi halangan cinta Ankam terhadapnya

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.

Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.

Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.

Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.

Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.

“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,” katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.



Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.

“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

IMEJ menyayat hati ketika Ali baru diselamatkan dari runtuhan rumahnya pada 2003.


“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,” katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.

Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain.

Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. - DM

* Sumber



Read more...

Peminat marah nama Psy ( Gangnam style ) diguna untuk watak Perogol


GAMBAR fail menunjukkan muzik video Psy di laman YouTube yang sudah ditonton lebih satu bilion kali.

TOKYO - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia dengan tarian kuda, Psy digambarkan sebagai seorang perogol dalam komik manga Jepun, lapor akhbar The Japan Daily Press semalam.
Komik itu akan diterbitkan pada 31 Disember ini yang menunjukkan satu watak mirip Psy.
Ia mengisahkan watak tersebut mengetuai satu kumpulan penculik dari Korea Selatan dan merogol sekumpulan gadis Jepun.
Bagaimanapun, menurut laman Digital Journal, penduduk Korea Selatan menyuarakan kemarahan mereka tentang tindakan komik Jepun itu.
Ia melaporkan, kemarahan tersebut dinyatakan di laman-laman internet.
Psy menjadi terkenal di dunia menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube yang dimuat naik sejak 15 Julai lalu.
Klip video itu yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih satu bilion kali.
Psy kemudian menjadi kebanggaan warga Korea Selatan sehingga mengatasi populariti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon yang juga berasal dari negara yang sama.
Penyanyi itu juga diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri banyak majlis muzik ekoran kejayaannya itu.
Tarian kuda itu juga dipersembahkan bukan sahaja oleh artis AS tetapi juga ahli-ahli sukan terkenal dunia. - Agensi
* Sumber

Read more...

Ukiran Seni menarik di Sawah Padi


DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin.

JAKARTA - Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia.
Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir.
Pameran tersebut yang akan berakhir pada 31 Disember ini mempamerkan hasil kerja 30 artis seni yang menyuarakan tentang kemerosotan kawasan tanah pertanian. - Reuters
* Sumber

Read more...

CINTA lintang pukang


JITRA: Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.

Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam. 

Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.

Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.

Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu.

* Sumber myMetro

Read more...

Pelajar mangsa rogol beramai ramai kritikal

PEGAWAI polis India bertugas mengawal benteng dilindungi sepanduk yang tertulis hukuman berat perlu dilakukan terhadap perogol pelajar berusia 23 tahun, di ibu negara India. Penunjuk perasaan menggesa keselamatan yang lebih baik untuk wanita berikutan rogol pelajar di ibu negara India. - Foto AFP

Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa

New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura. 

Pada masa sama, negeri Punjab bertindak memecat dan menggantung tugas sekumpulan pegawai polis yang didakwa mengabaikan seorang lagi mangsa rogol sehingga menyebabkan dia membunuh diri. 

Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth

Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal.

“Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dirogol di belakang bas 


Pelajar itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Safdarjung di Delhi dihumban keluar dari bas yang sedang bergerak selepas dirogol enam lelaki di belakang kenderaan itu.

Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi.

Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit.

Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India.

Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol.

Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun. - AP


* Sumber


Read more...

Isteri Muda Mati dibunuh


ALOR SETAR: “Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang.” Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.

Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

“Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.

“Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP