Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Januari 2013

Kasihan Gadis ini,tidak boleh menggunakan Namanya dalam setiap urusan dan Dokumen rasmi


Foto : Blaer Bjarkardottir (kiri) bersama ibunya (AP)

Reykjavik - Kerajaan Iceland tidak membenarkan Blaer Bjarkadottir menggunakan namanya dalam dokumen rasmi. Larangan tersebut berlaku kerana nama gadis tersebut merupakan nama yang dilarang Kerajaan Iceland.

Kerana larangan itu, nama Bjarkadottir disetiap dokumen identitinya hanya ditulis "si gadis". Hal itu pun membuatnya kecewa kerana ia harus berulang kali menjelaskan kepada orang lain kenapa ia tercatat dengan nama "si gadis".

Selama ini, warga Iceland harus memberikan nama anaknya sesuai dengan senarai yang dimiliki oleh kerajaan. Senarai tersebut dibuat kerajaan agar orang tua tidak membuat nama yang aneh yang boleh mebuat sang anak mendapat ejekan di lingkungannya.

Blaer sendiri merupakan nama yang umum dimliki oleh orang Iceland. Namun nama tersebut adalah nama untuk anak laki-laki. Saat baru lahir, gadis itu dibenarkan menyandang nama Blaer kerana pendeta yang membaptisnya melakukan kekeliruan dan membenarkan nama tersebut digunakan.

Ibunda gadis itu, Bjork Eidsdottir, mengaku bahawa ia tidak mengetahui kalau nama anak perempuannya tidak ada dalam senarai nama Iceland.

"Saya tidak tahu nama tersebut tidak ada dalam senarai, saya baru mengetahuinya setelah pendeta yang membaptis anaka saya mengatakan ia telah keliru kerana menizinkan nama tersebut," ujarnya, seperti dikutip Foxnews, Sabtu (5/1/2013).

Kerajaan Iceland mempunyai senarai yang terdiri dari 1.712 nama laki-laki dan 1.853 nama perempuan. Beberapa nama yang ditolak antara lain "Satania" kerana dianggap dekat dengan nama syaitan dan "Carolina" kerana huruf "c" tidak ada dalam alphabet Iceland.

Walupun begitu nama asing seperti "Elvis" terdapat dalam senarai dan dibenarkan untuk digunakan. Selain Iceland, Negara Jerman dan Denmark juga diketahui mempunyai senarai nama rasmi yang harus digunakan warganya.

* Sumber okezone


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP