Hot : Realiti Abadi blog

Carian dalam blog ini

Hangat dari OhBelog.com

Terbaik walaupun BUSUK

Ahad, 19 Mei 2013

Abdul Wahid letak jawatan sebagai CEO Maybank

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

JOHOR BHARU - Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang bakal dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank berkuat kuasa 4 Jun ini.
    
Katanya beliau akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Jun bagi membolehkannya melaksanakan tanggung jawab baharu yang diamanahkan kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
"Izinkan saya menyiapkan kerja yang perlu dahulu di Maybank di mana kamiakan mengumumkan keputusan kewangan untuk suku tahun pertama pada 23 Mei nanti.
    
"Buat masa ini saya ingin fokus pada Maybank dahulu dan saya akan buat kenyataan (berkenaan portfolio baharu) selepas memulakan tugas nanti," katanya ketika diminta mengulas tanggung jawab baharunya itu.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan model Menara Maybank di Taman Tema Legoland di Nusajaya di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst.
    
Sebagai seorang yang berpengalaman mengendalikan tiga organisasi besar dalam bidang korporat termasuk UEM Builders Berhad, Telekom Malaysia dan Maybank, katanya beliau menganggap tanggung jawab yang menantinya nanti lebih mencabar.
    
"Sebagai menteri, ini merupakan satu tugas awam yang mempunyai tanggung jawab besar, di mana pihak berkepentingannya bukan sahaja pemegang saham dan pelanggan tetapi juga rakyat Malaysia, jadi ia merupakan satu tanggung jawab yang tinggi," katanya.
    
Sementara itu model Menara Maybank yang dibina dengan skala 1:20 dan mempunyai ketinggian 5.5 meter merupakan model tambahan pertama di taman mini selepas taman tema itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada September tahun lepas.
    
Menara yang menjadi tarikan baru kepada pengunjung di taman tema itu mengambil masa lebih tiga bulan untuk disiapkan, yang menggunakan 318,000 kepingan lego. 

- Bernama


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Snippet

e-referrer

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP