Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 21 Mei 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat | Berita | Gambar gambar | Video

Tanah runtuh: 24 orang termasuk kanak-kanak tertimbus

KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama

Video : - Sumber Berita Harian Online




Gambar gambar : -











* Sumber


21 Merujuk kepada perkara diatas :

no_answer 21 Mei 2011 9:23 PTG  

ya allah .

terperanjat dengar berita pasal nie


T__________________T

LIPISLADY 21 Mei 2011 9:54 PTG  

Sallam,

Al-Fatihah buat yang terkorban,,
Buat yang cedera, semuga cepat sembuh,
an bersabarlah.

amal 21 Mei 2011 9:58 PTG  

Ya Allah.. sedih sangat tengok gambar2 ni :(

abadi romeo 21 Mei 2011 9:58 PTG  

salam...takziah dan alfatihah buat mangsa yang terkorban.Jadikan iktibar ..jangan pacak rumah kat tebing tanah tinggi.Bahaya....

masyuk bro 21 Mei 2011 10:34 PTG  

Salam,
Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban, terkejut dengar berita ni. Seperti tak sanggup nak tengok gambar-gambar ini

Tanpa Nama ,  21 Mei 2011 10:50 PTG  

salam,
takziah,alfatihah kepada mangsa yang terkorban,Kekuasaan Allah swt punya kuasa,jadi kata Allah jadilah...sebagai insan kita terima ketentuanya.

nazirah 21 Mei 2011 10:51 PTG  

salam

al fatihah ..

smg mereka semua

di tmptkn di kalangan

org2 yg beriman.. amin..

Nzyrahun 21 Mei 2011 10:55 PTG  

Al-fatihah buat yg terkorban

sedih aku dgr

zulkbo 21 Mei 2011 10:57 PTG  

salam..
al-fatihah..
:(

Tanpa Nama ,  21 Mei 2011 11:20 PTG  

Subhannallah.....

Nor Ain 22 Mei 2011 12:52 PG  

simpatikpd mereka yang terlibat... minta kebenaran share ..

Nor Ain 22 Mei 2011 12:54 PG  

simpati atas ape yg terjadi moga mereka tabah dengan ujian ini...

Tanpa Nama ,  22 Mei 2011 1:06 PG  

al fatihah

Mrs.Yie 22 Mei 2011 8:48 PG  

sangat menghayat hati..alfatihah utk mereka yg meninggal..

noor fiza (tawau sabah ) ,  22 Mei 2011 10:32 PG  

ucapan takziah kepada yang terlibat sesungguhnya allah lebih mengetahui dan menyanyagi mereka

Blog Berita Online 22 Mei 2011 3:36 PTG  

Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat… Subhanallah… Sessungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya….

Tanpa Nama ,  23 Mei 2011 11:39 PG  

Yasalam...
Takziah kpd mangsa yg terkorban serta ahli keluarga & waris mangsa...
Al fatihah! Moga ALLAH merestui roh mereka yg terkorban... Amin

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP