Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 21 Jun 2013

Yuna Akui Ada Hubungan Dengan Pemuda Mat Salleh

Yuna enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Julian yang dikatakan bercinta namun tidak menafikan sedang mengenali hati budi lelaki Inggeris itu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui sedang mengenali hati budi pemuda Inggeris, Julian Schratter selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik wanita itu.
Yuna, 27, bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini.
"Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini," katanya kepada pihak media menerusi sidang video Skype dari Los Angeles, yang diadakan di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Yuna diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Julian selepas penyanyi laguTerukir Di Bintang itu mengundang pemuda tersebut sebagai model dalam muzik video terbaharunya berjudul I Wanna Go.
Dalam perkembangan sama, Yuna berkata, kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.
Antara gambar Yuna dengan Julian yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.
Sementara itu, mengulas mengenai konsert sulungnya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September depan, Yuna menyifatkan peluang itu adalah sekali dalam seumur hidup.
Jelas Yuna, dia sudah lama berhasrat untuk beraksi di pentas berprestij itu dan peluang mengadakan persembahan bersama pemuzik orkestra cukup istimewa.
"Bukan semua artis boleh membuat persembahan di Istana Budaya apatah lagi bersama pemuzik orkestra dan peluang yang diberikan ini akan saya galas dengan sebaik-baiknya.
"Walaupun sedikit berdebar dan berada jauh dari tanah air tetapi saya yakin dengan bantuan pemuzik dan perancangan yang betul saya pasti dapat melaksanakan tanggungjawab itu demi peminat," katanya.
Bakal beraksi selama dua jam pada acara itu Yuna memberitahu dia belum memutuskan senarai lagu yang bakal dipersembahkan namun berjanji akan memilih lagu-lagu terbaik dan disukai peminat.
"Apa yang penting nanti peminat akan terhibur dengan persembahan dan pemilihan lagu dan saya juga sedang merancang untuk menjemput beberapa artis undangan bagi memeriahkan konsert pada malam itu," jelasnya.
Pihak Istana Budaya bagaimanapun masih belum menetapkan harga tiket konsert itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
* Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP